KEMAHIRAN DALAM BOLA JARING

KEMAHIRAN DALAM BOLA JARING

Disediakan oleh: Nur Damiya Husna bt Ahmad Rafidi 2E
Bola jaring adalah sukan berpasukan tanpa-sentuhan yang berasal daripada Amerika Syarikat menyerupai, dan berasal daripada, bola keranjang. Bola jaring kini adalah dimainkan dengan cemerlang sebagai sebuah pasukan sukan wanita di Australia dan New Zealand dan adalah popular di Hindia Barat, Sri Lanka, dan United Kingdom. Lebih 20 juta penduduk bermain bola jaring dalam lebih daripada 70 buah negara.


Dalam blog ini, saya akan menunjukkan empat jenis kemahiran yang mesti dikuasai oleh setiap pemain bola jaring.
  • Kemahiran hantaran bola
  • Kemahiran menyambut bola
  • Kemahiran menghadang
  • Kemahiran menjaring gol

KEMAHIRAN HANTARAN BOLA


Pelbagai jenis hantaran boleh dilakukan sama ada menggunakan sebelah tangan atau kedua-dua belah tangan. Cara melakukan hantaran bergantung  kepada kedudukan rakan yang akan menerima bola.  Jenis hantaran yang biasa dilakukan ialah hantaran aras dada, hantaran aras bahu, hantaran atas kepala, hantaran sisi dan hantaran lantun.


Jenis-jenis hantaran
Hantaran dalam bola jaring tergolong dalam dua kategori, iaitu hantaran dua tangan dan hantaran satu tangan. Hantaran ini terdapat dalam dua kategori iaitu hantaran bola tinggi dan hantaran bola rendah.
1.    Hantaran dua tangan:
-       Hantaran dada
-       Hantaran lantunan
-       Hantaran atas kepala
-       Hantaran sisi
2.    Hantaran satu tangan:
-       Hantaran aras bahu
-       Hantaran lob
-       Hantaran peluru
-       Hantaran bawah bahu
-       Hantaran lantun


a)Hantaran Aras Dada 


 

Hantaran aras dada dilakukan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Tujuan melakukan hantaran aras dada adalah untuk membuat hantaran cepat dan tepat pada jarak yang dekat.

Teknik melakukan hantaran aras dada
  • Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan. 
  • Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan hampir ke dada, jaring menghala ke atas dan kedua-dua ibu jari di belakang bola. 
  • Kaki belakang melangkah ke arah hantaran. Sambil itu luruskan tangan dan tolak bola dengan pergelangan tangan dan ibu jari ke sasaran pada aras dada. 
  • Ikut lajak.

b) Hantaran Aras Bahu




Hantaran aras bahu dilakukan dengan sebelah tangan. Hantaran ini bertujuan untuk membuat hantaran laju dan tepat pada jarak jauh.

Teknik melakukan hantaran aras bahu
  • Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan. 
  • Pegang bola pada aras bahu dengan sebelah tangan. 
  • Badan mengiring ke sisi, bawa bola ke belakang. 
  • Angkat tumit kaki belakang. 
  • Tolak bola ke hadapan dengan bantuan bahu, siku, pergelangan tangan dan jari-jari. 
  • Ikut lajak.

 

c) Hantaran Atas Kepala



Hantaran atas kepala dilakukan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Hantaran ini digunakan untuk melambungkan bola tanpa dapat dicapai oleh pemain  lawan.

Teknik melakukan hantaran atas kepala.

  • Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan 
  • Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan tinggi di atas kepala. 
  • Ledingkan badan ke belakang sedikit. 
  • Bengkokkan siku dan bawa bola ke hadapan kepala. Sambil itu tolak bola ke hadapan dengan meluruskan tangan. 
  • Ikut lajak.

d) Hantaran Sisi




Hantaran sisi dilakukan untuk membuat hantaran cepat menggunakan sebelah tangan atau kedua-dua belah tangan.

Teknik melakukan hantaran sisi menggunakan kedua-dua belah tangan

  • Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan. 
  • Bengkokkan sedikit lutut hadapan, bawa bola dengan kedua-dua belah tangan ke belakang. 
  • Luruskan kaki hadapan dan bengkokkan lutut belakang. Sambil itu ayunkan tangan ke hadapan dan tolak bola ke sasaran. 
  • Ikut lajak.
e) Hantaran Lantun



Hantaran lantun digunakan apabila pemain lawan terlalu hampir atau terlalu ramai permain berhampiran.

Teknik melakukan hantaran lantun

  • Kedudukan bersedia. Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan. 
  • Pegang bola dengan kedua-dua tangan dan bawa bola ke aras pinggang. 
  • Pindahkan berat badan ke kaki hadapan. 
  • Luruskan tangan dan tolak bola rendah dengan kuat. 
  • Ikut lajak.


KEMAHIRAN MENYAMBUT BOLA



Kemahiran menerima bola memerlukan koordinasi mata dan tangan yang baik.

Dalam permainan bola jaring, pemain boleh menyambut atau menangkap bola dengan kedua-dua belah tangan ataupun dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja. Proses menyambut atau menerima bola terbahagi kepada tiga fasa yang umum:

(aFasa I: Persediaan untuk menyambut hantaran
Pemain memerhatikan gerak-geri kawannya yang memiliki bola yang akan membuat hantaran. Sekiranya pemain itu pasti bahawa pemilik bola itu akan menghantar bola kepadanya, pemain itu hendaklah:
·         Melepaskan diri dari kawalan lawan, jika perlu
       Mencari ruang untuk bergerak dan berkomunikasi dengan pemilik bola supaya hantaran dibuat dengan cepat kepadanya.

(b Fasa II: Penghantaran bola oleh penghantar
Pemain memerhati perjalanan bola yang dilepaskan oleh pemain yang melakukan hantaran. 

(cFasa III: kontek bola dengan tangan (tangkapan)
Pemain menyambut bola dengan menghulurkan tangan ke arah bola. Bola dipegang kemas dengan jari-jari. Pada masa yang sama, siku dibengkokkan untuk menyerap daya bola supaya tidak melantun keluar dari tangan.


Teknik menyambut bola:
 Bola aras dada
Kedua-dua belah tangan dihulur lurus ke arah bola. Tangan terbuka dan semasa menyambut bola, jari direnggangkan. Sebaik sahaja bola disambut, siku tangan dibengkokkan dan bola dirapatkan dengan badan. Kedudukan kaki dijarakkan untuk mengimbangi badan.
4.1.2     Bola lantun (aras pinggang)
Sambut bola menggunakan kedua-dua belah tangan berada di hadapan badan pada aras pinggang. Pastikan bola disambut dengan jari-jari, bukan dengan menggunakan tapak tangan.

Bola tinggi
Boleh disambut dengan sebelah atau kedua-dua belah tangan. Jika perlu, pemain hendaklah melompat sambil mengangkat sebelah atau kedua-dua belah tangannya ke atas untuk menangkap bola. Ketika mendarat, lutut dibengkokkan sedikit dan mengawal bola dengan merapatkannya ke badan.


KEMAHIRAN MENGHADANG



Menghadang adalah asas bertahan. Kemahiran ini bertujuan untuk menghalang pemain lawan daripada menerima bola, melakukan hantaran dan menjaring gol. Bagaimanapun, pemain tertakluk kepada undang-undang dan peraturan. Terdapat empat posisi asas menghadang iaitu;
i)                    Berdiri menghadap permain lawan.
ii)                  Berdiri membelakangkan pemain lawan.
iii)                Berdiri di sisi pemain lawan.
iv)                Berdiri di belakang pemain lawan


KEMAHIRAN MENJARING GOL



Kemahiran menjaring bola merupakan suatu kemahiran yang menguji ketepatan lontaran bola ke sasarannya oleh pemain untuk mengutip mata bagi pasukannya. Walaupun hanya pemain GS dan GA yang berpeluang menjaringkan gol, pemain-pemain kedudukan lain perlu juga menjalani latihan meningkatkan kemahiran menjaring. Ini adalah kerana kadangkala mereka juga perlu menggantikan pemain GS atau GA. Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi usaha penjaring adalah cara kawalan oleh pengawal (pihak lawan), kedudukan penjaring ketika menjaring dan konsentrasi penjaring terhadap apa yang ingin dilakukannya.

CARA MENJARING
Menjaring boleh dilakukan dengan menggunakan sebelah atau kedua-dua belah tangan. Apabila menerima hantaran, seseorang penjaring dibenarkan membuat perkara berikut:
a)    Menjaring dari kedudukan statik
b)    Melangkah setapak ke depan dan menjaring
c)    Melangkah setapak ke belakang dan menjaring
d)    Melangkah ke sisi dan menjaring
e)    Melompat dan menjaring
f)     Berlari, menerima bola dan menjaring

Jaringan statik (teknik asas dengan sebelah tangan)
(i.)Berdiri secara seimbang. Kaki dijarakkan dan bola terletak di atas jari-jari dan bebola tangan (tidak atas tapak tangan).
(ii.)Melihat sasaran. Rendahkan badan (bengkokkan lutut) dan bola dibawa ke atas kepala.
(iii.)Sambil meluruskan lutut, siku tangan yang memegang bola diluruskan untuk menolak bola ke sasarannya. Tindakan flick dengan pergelangan tangan dilakukan pada saat akhir dalam mengarahkan bola ke bulatan.
(iv.)Pindahkan berat badan ke kaki depan apabila menolak bola.

 Jaringan melompat
Persediaan adalah seperti membuat jaringan statik dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Semasa melompat, penjaring hendaklah melompat sambil menolak bola ke arah sasarannya sebelum ia mendarat.


Jaringan berlari
Penjaring hendaklah memastikan ruang mencukupi untuk bergerak dalam bulatan gol. Sebaik saja penjaring menerima hantaran, dia akan terus melangkah dan melompat untuk melepaskan bola ke sasarannya tanpa melanggar peraturan gerak kaki. Penjaring akan melonjak di atas kaki yang bertentangan dengan tangan yang memegang bola.

Ulasan